Tuesday, May 24, 2011

Kenapa aku suke Blackberry?

Hari ni aku nak borak pasal something yg busuk sket. Korg dpt bau x? Busuk sket je, sbb sebusuk mane pn mende ni korg semua tetap dengan rela hatinya menempuhi. Ada org ckp bau badan member aku sorg ni busuk, nama dia Gary. Bau badan dia ni mmg xde org yg bole tahan. Sume org akan melarikan diri meminta pertolongan Dr. Indran Rajah memberikan inhaler.



Kesian pakcik ni. Jahatlah kau Gary, pegi main jauh2. Dahlah tipu aku ajak lepak tanak, pastu nak lepak ngn pakcik ni plak. Sian pakcik ni tau. Anak dia cantek ok.



*Note: Dr. Indran Rajah tu dokter kat kampung aku. Dia hebat gile. Kalo makcik2 demam, masok bilik dokter je belom kasik ubat lagi dh elok. Aku tanya hebatnye dokter tu, dia buat apa. Makcik2 tu jwb dgn selamber "Dokter tu hensem mcm Amitha Bachan". Ceitttt gatal jugak makcik2 kat kampung aku ni rupanya. Sejak itu, Abah dah tak kasik Mak pegi klinik tu. Kitorg bertukar ke Klinik Azhar dan Rakan-Rakan.

Ok...back to the story, mengarut plak aku cte psl Dr. Indran nih. Pasal ape tadi ek, owh pasal Gary busuk. Owh ha ah, topik aku nak cite ni lagi busuk dari bau badan Gary, mahupun bau ape ke bendenye tu yang luka kat ibu jari kaki pastu menanah then bau dia perghhhhh....hazabbbbb. Tapi tetap ada member2 aku yang suka korek2 pastu ciom. Ewwww!!! (korang rasa meremang x bile terpikir?). Ala mende nih...


Ahahaha bukan yang ini. Aku try google gambar tapi xjupe plak. Alah korang paham la mende tu. Aku pn xtau nak panggil ape. Tapi ya tuan-tuan dan puan-puan sidang pembaca yang saya hormati sekalian, topik yang saya ingin bincangkan secara eksklusif pada hari ini ialah :







B E R A K







Haiyooo gelinyeee…sume orang akan cakap mcm tu. Tapi last2 korg xrasa ke korg ni hipokrit. Hari2 korg mengadap berak kowt. Sebusuk2 berak tu tetap korang mengadap tau. Kalau Gary korg bole la lari lintang pukang. Kalau berak, mau korang berlari lintang pukang jugak, abeh la mencecet weyyy.

Hmm…ambo nok royak nih (ttbe mood kelate nape pulok) aku salu boring time berak. Maka, penyelesaian terbaik aku semenjak aku ada Blackberry 2 tahun yang lalu adalah dengan bermain dengan Blackberry tatkala aku melepaskan hajat besarku. Wahhh…canggih beb. Siap bbm member time berak, update status fb time tu "in the toilet , berak" gitewww status aku. Skrg ni plak twitter lagi lah. Bergadoh2 ngn poter sambil mengutuk Amir Villa dlm keadaan perut tengah sengsara menghembuskan nafas-nafas terakhir. Seb bek aku xde foursquare, klo x mesti aku apdet salu "Shafiq just checked in at toilet Bintang Megamall", "Shafiq just been appointed as Mayor of the toilet" . Motifff sgt foursquare tu. Aku siyesly menyampah.



So…moral of the story, klo korg nmpk timeline aku tgh sibuk je tu, or fb status update aku tu byk semacam je, or aku pm korg kt ym ke gtalk ke bbm ke, paham2 la yerk. Tp tu berkemungkinan besar aku di dalam toilet. Itulah kaitannya post ni dgn tajuk di atas. Nampak tak perkaitan?

Akan tetapi, walaubagaimanapun, tahukah anda

Berubah mood kepada seorang cikgu tengah mengajar anak tadika




Gigih budak2 ni berlakon konon2 paham. Ekceli tgh pk bile la nak blk nih



Tahukah anda bahawa berak ini tersangatlah baik untuk kesihatan. Mengikut kajian ahli astronomi, berak ni adalah kaedah kite flush segala toksin dalam badan. So jgnlah kerana segan atau busy sgt kt ofis tu dan tau bos marah, korg menahan berak korg smpi kentut korg tu dah bau lagi hina daripada lori sampah yang lalu dpn umah aku mlm2.

Yang paling penting, ni aku nak kasik tips kecantikkan aku nih. Sebab ramai sgt org bertanya “Shafiq, bagaimana awak mengekalkan wajah yang muda. Apa rahsianya” – klo kak nita ni senang je dia jawab “Akak selalu amik air semayang”. Aku tanak jawab mcm tu bkn sbb aku xpenah amik air semayang, tapi aku malaslah nak riak2 camtu. Solat penting k. Jangan tinggal solat!

Rahsia aku simple je, jangan lupe berak pagi. Betul nih! Korang tanye la mana2 dokter, mesti diorg agree ngn statement aku nih. Dah dlu kecik2 aku betapa plak ngn Dr. Indran.




“Hello Doktor, cane dokter bole mengekalkan kehenseman macam Amitabhachan?”
"Owh...shafiq jgn lupe berak pagi k"




Sampai skrg aku igt pesanan dokter tu. Berak pagi tu penting sbb semalaman kita tido, perot kita memproses apa2 sahaja barang-barang makanan yang kita mengketedarah disiang hari tu. Xkesahla makanan halal ke haram, sbb aku tau ramai antara korg amik mende haram kan, xpun syubhah. Eeee jahat nye korg.

Tapi dgn membuang air besar (panjang nye klo nak ckp sopan nih..membuang-air-besar..tiga patah perkataan...b-e-r-a-k ... simple je. dan indah bunyinya), korg dh bole refresh blk perot korg itu utk menempuhi hari itu pula. Tips yang lebih penting, bangun2 tido je sebelum gosok gile korang minum segelas air kosong sekali dengan air liur basi korg tu, korang telan. Bakteria2 dalam air lioq basi korang tu akan membantu penghadaman yang lebih baik. Tak caye tanye dokter fazilah kamsah. Betol tak dokter?







"Ahaaa (dgn suara kepit) betul la tu ye. Apa yang penting, hati mesti baik ye, tetapkan matlamat tingkatkan amalan, insya Allah akan mendapat keberkatan"



Maka itu sahajalah pesanan khidmat masyarakat aku pada kali ini, harap2nya korang ambil lah tauladan dan iktibar dari kisah di atas. Sampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir pada majlis kita pada hari ini... wahhh ayat penutup time usrah kat mrsm dulu. Yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk kita jadikan sempadan malaysia-thailand (huisshhhh sapa salu pegi sini? Haaa cari ape tu? Toto ke?) - jgn otak kotor k.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya tinggalkan anda semua dengan serangkap pantun:

Kalau sakit perut asik nak berak
Kita panggil cirit-birit,
Abeh tu klo sakit pundi kita asik nak kencing panggil ape plak?
Kencing kincit?


To dilla, Selamat Ulangtahun Baligh. Tak paham aku, ada jugak org yg celebrate tarikh dia start period. Quoted from her twitter "Today is my 23rd anniversary since my first period". Teruk lah kau ni makcik.



Aku tak ingat la plak aku ni dah baligh ke belum. Suara stil mcm justin bieber nih.



Alamak lupe la dah berak belom. Semput nih xleh nak jerit tinggi-tinggi.



Sekian, mohon mencadang.

0 comments:

Nuffnang

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Distributed by Deluxe Templates