Geram plak aku ble tgk sessi Soal Jawab bersama Rais Yatim di TV3. Daripada aku mengantok tros rasa nak update blog. Aku rasa aku pnh touch on this issue tp xsure either kt blog or kt fesbuk. Rais Yatim skrg sgt2 la memperjuangkan bahasa Melayu. Baguslah tindakan tu kononnya amat mulia dan mungkin juga satu hari nanti akan dpt award menjulang nama dia jadi bapa bahasa Melayu.
Rais Yatim mengaitkan keadaan bahasa melambangkan keutuhan (kekuatan) sesuatu bangsa. Aku totally tak agree. Bagi aku, kekuatan sesuatu bangsa adalah macam mana nak jadi global champion (quoted from Petronas). Macam mana kita nak jadi global champion, menempatkan diri di peringkat antarabangsa kalau kita tak mampu bertutur dgn baik dlm bahasa inggeris. Ambik contoh mudahlah, kalau dia (Rais Yatim) pegi ke persidangan antarabangsa, bersidang bersama Obama dan pemimpin2 dunia, suruhlah dia cakap dlm bahasa melayu tgk. Mntk Obama carik his own translator. Mau ke? Boleh ke?
Penggunaan bahasa rojak di malaysia akan meningkatkan potensi penguasaan bahasa inggeris di kalangan masyarakat kita. kalau dlu pak ali jual ais krim hanya mampu cakap I YOU, after a while dia mampu tanya what u want (walaupun salah tatabahasa) dan "of course, I discount you tiga ringgit". At least, pak ali dah belajar sedikit walaupun rojak. Lama kelamaan dia mampu improve himself.
At a point hopefully, pak ali akan berjaya untuk melayani pelanggan2 antarabangsa yang datang sbg pelancong di pantai merdeka. lepas tu cuba untuk memenuhi impian mengembangkan perniagaan seterusnya ke peringkat dunia. Kita lahirkan seorang anak melayu kelahiran malaysia yang berjaya di peringkat dunia.
Sangat memalukan bila dia ambik contoh India, quoted from Rais Yatim "mana ada india di madras yang cakap bahasa rojak. campur english tamil, or tamil-melayu". Firstly, sebab tu la diorg xmaju sbb xmampu nak menjadi global champion. Secondly, dlm filem tamil banyak ok diorg mix ngn bahasa inggeris. nampak sgt dia xaware of that.
Aku bukan benci pada bahasa melayu. Aku cinta bahasa ibunda sendiri. Tapi aku sedih apabila melihat terlalu ramai anak2 melayu yang tercicir dan tidak mampu maju kerana penguasaan bahasa inggeris yang teramat lemah. Aku tidak pernah bangga melihat Rais Yatim berbicara dalam bunga-bunga bahasa melayu yang lunak, tapi aku cukup berbangga apabila melihat dia mampu utk berbicara dalam bahasa inggeris dengan begitu baik di pentas dunia. Aku juga akan terus malu kalau aku hanya melihat anak2 melayu begitu baik bertutur dalam bahasa melayu, maki hamun dalam bahasa melayu, berbahasa rempit dalam bahasa melayu tetapi terus layu apabila hendak bertutur dalam bahasa inggeris. Apa erti bangsa melayu kalau kita tidak mampu bersaing? Apa yang diperlukan untuk bersaing? - ENGLISH!
Mungkin akan ramai yang tak puas ati, tp before that whoever yang nak challenge or memperjuangkan bahasa melayu untuk memartabatkan bangsa melayu, tolong jawab soalan aku:
SIAPA SEKARANG NI YANG MAMPU BERADA DI PENTING DUNIA, ORANG MALAYSIA YANG TERSOHOR DI PERINGKAT DUNIA DENGAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU?
- selain Parameswara dan Hang Tuah. Tu pun dunia tak terlalu appreciate pn.


1 comments:
orang melayu la bangsa yang coined the peribahasa "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". that is just so us. hohh.
kdg2, dah dpt develop orang yg sangat mahir BM, english dia sucked balls. yang english macam native speaker, BM berterabur mcm haram. we just need to find a balance kot, which is hard for us to do, because we malaysians are just a fickle lot.
hehe. this coming from aku yang memang skeptic sentiasa.
Post a Comment