Isu kalimah Allah yang dibenarkan penggunaannya oleh Mahkamah Tinggi kepada masyarakat Kristian telah menjadi topik perbualan hangat minggu lepas dan minggu ini. Mungkin akan terus berpanjangan sehingga beberapa bulan. Dikhuatiri isu ini akan mewujudkan ketegangan antara agama di Malaysia sekiranya tidak diselesaikan dengan segera. Makin ramai yang memberi komen terutama umat Islam yang mengutuk keras keputusan tersebut. Menyatakan pandangan itu tidak salah, namun apabila pandangan dicampuri dengan rasa tidak puas hati dan emosi yang membara akhirnya akan menyebabkan terkeluar kenyataan dan perkataan2 yang tidak diingini yang akhirnya akan menyentuh sensitiviti agama lain dan mewujudkan masalah yang lebih serius. Anda semua tahu perangai kita sendiri yang mudah melenting. Maka sebelum apa2, redakan kemarahan dan carilah rasional diri, dan wujudkanlah jalan penyelesaian terbaik.
Aku bukan hendak berpihak pada sesiapa. Tapi sejak isu ini difailkan di Mahkamah tahun lalu, aku telah suarakan pada seorang kawan Kristian, dan responsnya mudah, "kitorg mmg dh guna lama dah." Lalu aku pn membelek2 kitab mereka utk mencari kebenaran, dan ini yang aku jumpa:


Nota: Di ambil ketika berada di rumah panjang bersama Dayang pada June 2008 (sblm isu ini berbangkit rasanya). Bahasa di atas adalah terjemahan Bible di dalam bahasa Iban.
Lalu, aku terus menggali maklumat. 3 agama besar di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi atau lebih dikenali sebagai 3 agama langit adalah berpandukan 3 kitab utama umat iaitu al-Quran, Injil dan Taurat walaupun ada pihak yang percaya bahawa ada dikalangan kitab-kitab ini telah dipesongkan. Namun, perlu diterima hakikat bahawa ketiga-tiga kitab ini diturunkan oleh Tuhan yang sama iaitu Allah. Maka, ketiga-tiga kitab ini menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan mereka yang menurunkan kitab-kitab itu.
Maka, ada rumusan daripada beberapa ilmuan agama dari kalangan Islam mahupun agama lain yang pernah aku baca tetapi lupa rujukannya (anda boleh Google), bahawa ketiga-tiga agama langit ini sebenarnya menyembah dan percaya kepada Tuhan yang sama iaitu Allah, namun yang membezakan ketiga agama ini adalah Iman mereka yang membahagikan mereka kepada agama berbeza. Islam itu mengikut panduan al-Quran yang menyeru umat Islam beriman kepada Tuhan yang Esa (satu), dan mengikut sunnah Nabi Akhir Zaman (Muhammad), berbeza dengan Kristian yang beriman kepada prinsip Trinity iaitu 3 tuhan dan Yahudi yang menolak Muhammad kerana orang kebanyakkan dan beberapa alasan lain. Maka perbezaan ini yang menjadikan Iman berbeza yang memisahkan amalan antara agama.
Notakaki: Sila baca lebih lanjut untuk pengetahuan anda.
Sekian. Moga artikel ini tidak mengelirukan dan memberi pengetahuan, sekadar berkongsi pendapat, bukan memihak pada sesiapa. Insya-Allah hidup akan terus diberkati Allah.
Baca lebih lanjut di Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen PKR Kulim yang juga peguam Anuar Ibrahim dan Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS Shah Alam berhubung isu ini.


3 comments:
ok, let me put it this way.
just my POV la..
Sblm perjuangkan nama Allah secara benar, kenalah perjuangkan Islam secara benar juga. Ni yang kureng kat Malaysia.
Ntah apa la nak dirisaukan sangat. If i'm not mistaken, i have read dalam constitution bahawa agama selain dari Islam tidak boleh disebarkan (didakyahkan).
Tapi how come ada org takut berlaku konfius?
Actually this issue have its own pros n cons.
Kedua-dua belah pihak mempunyai hujah yang baik dan rasional di sisi islam. Khilaf ini khilaf yang mamduh (terpuji). Cuma yang mazmumnya (kejinya), kita bergaduh sesama sendiri kerana mempertahankan pendapat masing2.
Here is the latest info that i read about this issue. Perhaps u pn nk baca gak.
http://www.malaysiakini.com/news/121811
Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors
hahaha..actually bible yang diterjemah ni datang dari bahasa indonesia..sebab tu lah diorang guna istilah Allah taala..and penggunaannya pun belum lah lama sangat dalam seratus tahun mcm tu..sebab berapa lama lah baru Kristian di introduce to Borneo
Post a Comment